Thursday 8 September 2011

On The Road....

Alhamdulilah, setelah menerima panggilan dari FAMA, baru lah hati ni berasa tenang.. Gembira rasa dihati, terus telefon ibu bagitahu kepada kat dia.. Syukur Allah telah permudahkan urusanku... 
Ketenangan dihati di tambah permandangan saujana mata memandang... SubhanaAllah, ciptaanNya... tak sedar sejam tayar bas bergerak, bas berhenti rehat sebentar di RnR Rawang.. Tempat yang dijanjikan utk bertemu dengan lecturer kami semua, En Hisham.. Elok gak lah berhenti di perhentian tersebut kerana ramai antara kami yg masih belum bersarapan pagi.. Sampai2 kelihatan En Hisham n the Geng sedang menyantap sarapan pagi...


45 minit berehat, kini perjalanan di teruskan kerana destinasi yang dituju masih jauh.. Apabila perut sudah kenyang, seat bas yg empuk selesa ramai yang terlena dibuai keselesaan.. Begitu jugak aku..hahaha...tp aku tido tak lama pun, 20minit kemudian aku terjaga, tp rasa lama sangat aku terlena...mungkin badan terlalu penat.. lepas tu, terus tak dapat lelapkan mata... dek kerana boring duduk di belakang,aku kedepan jd co-pilot temankan pilot bus..hehehe...




Perhentian seterusnya di RnR Sungai Perak untuk makan tengahari.. tetapi kami semua beli bungkus je.. kerana masih kenyang dek sarapan pagi tadi...

No comments:

Post a Comment