Thursday 22 December 2011

Knotting




Salam rekreasi.

Apa itu knotting?? Knot dalam BM adalah teknik ikatan/simpulan yang menggunakan satu atau lebih tali yang bertujuan untuk mengikat sesuatu.. Ada banyak jenis knot...Jom, kita kenalpasti jenis knot yg selalu kita guna

1. Sheet Bend (Bunga Keti)
    - Menyambungkan 2 utas tali yang berbeza saiz diameter.







2. Bowline (Tindih Kasih)
    - membuat gelung (loop) di akhir garisan ikatan/simpulan
.

3. Thumb Knot
   - membuat ikatan/simpulan yang lain

4. Fisherman's Knot
  - menyambungkan 2 utas tali menjadi satu garisan 


5. Clove Hitch (Manok)



xde idea

uisshhhhh...da lama rasanya aku x jenguk blog aku ni...da bersawang2 teruk..labah2 pun leh sesat camni..hahahaha...
dek kerana kekangan keje, xsempat aku nk jenguk...
sekali tgk, blog ni cam agak "semak: je...nk cuba kmas kn dlu coz senang t nk post new entry...huhuhu....
hope pas ni ade kesempatan utk update blog ni..hehehe

c u next time..!!!!

Sunday 11 September 2011

Top 15 Recreation Activities in Malaysia, Part III

Ok, ini adalah part yang terakhir untuk tajuk post ni.. Dah 10 aku ceritakan, 5 lagi ni akan ku ceritakan sebentar lagi..


Scuba
Scuba ialah aktiviti selaman di laut dalam dengan menggunakan peralatan lengkap menyelam. Aktiviti ini memberi kepuasan kepada anda bagi melihat keindahan kehidaupan dasar laut dalam.. Banyak ikan2 dan terumbu karang yang cantik dapat dilihat dengan lebih dekat.










Bungee Jumping..
Anda berani terjun dari tempat tinggi dan hanya gunakan 1 tali??? Beranikah anda?? Sukan ini memerlukan tahap keberanian dan keyakinan yang amat tinggi.. Sukan ini amat terkenal di luar negara, namun di Malaysia juga kini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.. Anda ingin mencubanya, sila berkunjung ke Sunway Lagoon.


Paintball
Paintball... Permainan perang yang kini popular di Malaysia. Memerlukan persefahaman dan taktik serangan yang bagus untuk menumpaskan pasukan lawan.. Bermain di dalam sangkar dengan senjata pallet getah serta pakaian keselamatan memberi kepuasan tak terhingga dan gambaran sebenar peperangan..






Abseiling & Repelling 
Abseiling dan Repelling adalah aktiviti turun dan naik dari satu tempat ke satu tempat dengan menggunakan tali dan peralatan lain.. Aktiviti yang hampir sama dengan wall climbing dan rock climbing.














Flying Fox
Anda minat aksi Superman??? Ingin mencubanya?? Anda boleh cuba pada aktiviti flying fox di mana aktiviti ini adalah aktiviti turun dari satu tempat tang tinggi ke tempat yang rendah.. 



Top 15 Recreation Activities in Malaysia, Part II

Last entry baru 5, kali ni kita akan sambung lagi yang mana yang sempat k... Lets continue...


Caving
Caving adalah aktiviti jelajah gua. Banyak gua batu kapur yang terdapat di Malaysia memudahkan penggemar aktiviti ni menjelajah gua.. Antara gua yang terkenal seperti Gua Niah,Sarawak, Gua Tempurung,Perak dan lain2 gua lagi...








Jungle Trekking
Jungle trekking aktiviti yang sering dilakukan bagi program team building dan motivasi. Aktiviti ini mendekatkan diri kepada keindahan alam semulajadi yang belum diterokai dan belum dicemar aktiviti pembalakan. Mengenali pelbagai jenis tumbuhan dan binatang serta serangga dengan lebih dekat..




Camping
Camping??? Siapa yang tak pernah menyertai camping(perkhemahan).. Mustahil kalau ada sesiapa yang tidak pernah menyertai aktiviti ini kerana di peringakat sekolah rendah lagi aktiviti ini telah didedahkan.. Camping sering menjadi pilihan untuk beriadah ringan bersama keluarga.




Mountain Biking
Berbasikal di kawasan tinggi dan bercenuram tinggi??? Mustahil mendengar... Tapi tidak bagi penggemar aktiviti lasak.. Berbasikal di kawasan tinggi dan cenuram tinggi memerlukan skill yang tinggi dalam mengendali basikal.  








Paragliding
Anda penggemar sukan air?? Mungkin anda pernah mencuba paragliding.. Paragliding ialah aktiviti  terbangan dari tempat tinggi ke lapangan dengan menggunakan glider.. Di Malaysia, anda boleh mencuba aktiviti ini di Bukit Jugra,Selangor.






Top 15 Recreation Activities in Malaysia, Part I

Salam rekreasi semua,


Topik entry kali ni tentang aktiviti rekreasi yang famous di Malaysia.. Setelah menjalankan survey kepada responden, ni lah hasilnya..hahaha..(padahal buat survey sendiri jer..) Lets ZOOM what the activities???


Hiking
Hiking ialah aktiviti pendakian ke tempat tinggi seperti bukit dan gunung.. Salah satu aktiviti yang kini amat popular di kalangan rakyat Malaysia.. Bersesuaian dengan bentuk muka bumi Malaysia yang kaya dengan khazanah alam semulajadi yang berhutan tebal, berbukit-bukau dan bergunung-ganang








Kayak
Kayak adalah salah satu sukan air yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia. Kerana kemudahan ini mudah didapati di taman2 rekreaasi dan juga di pantai peranginan.. Dengan kadar sewa yang berpatutan menyebabkan sukan ini mendapat tempat di kalangan penggemar aktiviti lasak tidak kira di pelbagai peringkat.








Wall Climbing
Wall Climbing aktiviti ekstrem yang kini mendapat tempat dikalangan remaja Malaysia. Pelbagai projek dan usaha kerajaan mempromosikan sukan ini membuah hasil kerana lahirnya ramai atlet yang mewakili Malaysia bagi sukan ni di peringkat antarabangsa. Di kompleks Kementerian Belia Sukan ada menyediakan sukan ini..










White Water Rafting 
Permukaan muka bumi Malaysia yang banyak terdapat sungai dan jeram2 yang amat deras menjerumus kepada popularnya sukan ni.. Malahan sukan ini menjadi salah satu program dan amat sesuai untuk program team-building. Semangat berpasukan dan persefahaman amat diperlukan dalam sukan ini










Snorkeling
Snorkeling adalah kegiatan berenang dengan menggunakan peralatan berupa topeng selam dan snorkel. Selain itu, penyelam juga menggunakan kaki itik untuk menambah daya gerak renangan. Snorkeling dilakukan di kawasan persisiran pantai yang terdapat terumbu karang. Pulau2 peranginan di Malaysia menjadi tumpuan untuk aktiviti ini sebagai riadah.




OK, baru 5 je yang sempat aku post, temui lagi selebihnya dalam post yang akan datang yer...Tungguuuuuuuu....