Sunday 11 September 2011

Top 15 Recreation Activities in Malaysia, Part III

Ok, ini adalah part yang terakhir untuk tajuk post ni.. Dah 10 aku ceritakan, 5 lagi ni akan ku ceritakan sebentar lagi..


Scuba
Scuba ialah aktiviti selaman di laut dalam dengan menggunakan peralatan lengkap menyelam. Aktiviti ini memberi kepuasan kepada anda bagi melihat keindahan kehidaupan dasar laut dalam.. Banyak ikan2 dan terumbu karang yang cantik dapat dilihat dengan lebih dekat.










Bungee Jumping..
Anda berani terjun dari tempat tinggi dan hanya gunakan 1 tali??? Beranikah anda?? Sukan ini memerlukan tahap keberanian dan keyakinan yang amat tinggi.. Sukan ini amat terkenal di luar negara, namun di Malaysia juga kini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.. Anda ingin mencubanya, sila berkunjung ke Sunway Lagoon.


Paintball
Paintball... Permainan perang yang kini popular di Malaysia. Memerlukan persefahaman dan taktik serangan yang bagus untuk menumpaskan pasukan lawan.. Bermain di dalam sangkar dengan senjata pallet getah serta pakaian keselamatan memberi kepuasan tak terhingga dan gambaran sebenar peperangan..






Abseiling & Repelling 
Abseiling dan Repelling adalah aktiviti turun dan naik dari satu tempat ke satu tempat dengan menggunakan tali dan peralatan lain.. Aktiviti yang hampir sama dengan wall climbing dan rock climbing.














Flying Fox
Anda minat aksi Superman??? Ingin mencubanya?? Anda boleh cuba pada aktiviti flying fox di mana aktiviti ini adalah aktiviti turun dari satu tempat tang tinggi ke tempat yang rendah.. 



Top 15 Recreation Activities in Malaysia, Part II

Last entry baru 5, kali ni kita akan sambung lagi yang mana yang sempat k... Lets continue...


Caving
Caving adalah aktiviti jelajah gua. Banyak gua batu kapur yang terdapat di Malaysia memudahkan penggemar aktiviti ni menjelajah gua.. Antara gua yang terkenal seperti Gua Niah,Sarawak, Gua Tempurung,Perak dan lain2 gua lagi...








Jungle Trekking
Jungle trekking aktiviti yang sering dilakukan bagi program team building dan motivasi. Aktiviti ini mendekatkan diri kepada keindahan alam semulajadi yang belum diterokai dan belum dicemar aktiviti pembalakan. Mengenali pelbagai jenis tumbuhan dan binatang serta serangga dengan lebih dekat..




Camping
Camping??? Siapa yang tak pernah menyertai camping(perkhemahan).. Mustahil kalau ada sesiapa yang tidak pernah menyertai aktiviti ini kerana di peringakat sekolah rendah lagi aktiviti ini telah didedahkan.. Camping sering menjadi pilihan untuk beriadah ringan bersama keluarga.




Mountain Biking
Berbasikal di kawasan tinggi dan bercenuram tinggi??? Mustahil mendengar... Tapi tidak bagi penggemar aktiviti lasak.. Berbasikal di kawasan tinggi dan cenuram tinggi memerlukan skill yang tinggi dalam mengendali basikal.  








Paragliding
Anda penggemar sukan air?? Mungkin anda pernah mencuba paragliding.. Paragliding ialah aktiviti  terbangan dari tempat tinggi ke lapangan dengan menggunakan glider.. Di Malaysia, anda boleh mencuba aktiviti ini di Bukit Jugra,Selangor.






Top 15 Recreation Activities in Malaysia, Part I

Salam rekreasi semua,


Topik entry kali ni tentang aktiviti rekreasi yang famous di Malaysia.. Setelah menjalankan survey kepada responden, ni lah hasilnya..hahaha..(padahal buat survey sendiri jer..) Lets ZOOM what the activities???


Hiking
Hiking ialah aktiviti pendakian ke tempat tinggi seperti bukit dan gunung.. Salah satu aktiviti yang kini amat popular di kalangan rakyat Malaysia.. Bersesuaian dengan bentuk muka bumi Malaysia yang kaya dengan khazanah alam semulajadi yang berhutan tebal, berbukit-bukau dan bergunung-ganang








Kayak
Kayak adalah salah satu sukan air yang agak popular di kalangan rakyat Malaysia. Kerana kemudahan ini mudah didapati di taman2 rekreaasi dan juga di pantai peranginan.. Dengan kadar sewa yang berpatutan menyebabkan sukan ini mendapat tempat di kalangan penggemar aktiviti lasak tidak kira di pelbagai peringkat.








Wall Climbing
Wall Climbing aktiviti ekstrem yang kini mendapat tempat dikalangan remaja Malaysia. Pelbagai projek dan usaha kerajaan mempromosikan sukan ini membuah hasil kerana lahirnya ramai atlet yang mewakili Malaysia bagi sukan ni di peringkat antarabangsa. Di kompleks Kementerian Belia Sukan ada menyediakan sukan ini..










White Water Rafting 
Permukaan muka bumi Malaysia yang banyak terdapat sungai dan jeram2 yang amat deras menjerumus kepada popularnya sukan ni.. Malahan sukan ini menjadi salah satu program dan amat sesuai untuk program team-building. Semangat berpasukan dan persefahaman amat diperlukan dalam sukan ini










Snorkeling
Snorkeling adalah kegiatan berenang dengan menggunakan peralatan berupa topeng selam dan snorkel. Selain itu, penyelam juga menggunakan kaki itik untuk menambah daya gerak renangan. Snorkeling dilakukan di kawasan persisiran pantai yang terdapat terumbu karang. Pulau2 peranginan di Malaysia menjadi tumpuan untuk aktiviti ini sebagai riadah.




OK, baru 5 je yang sempat aku post, temui lagi selebihnya dalam post yang akan datang yer...Tungguuuuuuuu....



Low Rope Courses





Inilah model multiple vein
Pagi ni extra class bersama En Hisham bagi kelas Outdoor.. Aktiviti pagi ni ialah membuat model low rope courses.. En Hisham awal2 lagi dah pesan dalam i-class setiap seorang diwajibkan untuk membuat 1 model low rope.. Aku pun setelah meneliti semua contoh yang ada, aku pun memilih multiple vein.. Nampak cam senang, tp agak susah juga la walaupun hanya buat model je... Elemen knot amat penting dan diperlukan bagi setiap low rope... Come'on guys..Lets see.....


p/s: Gambar2 yang tertera adalah hanya model hasil tangan kami kelas ESRD3A




Model Criss Cross
Model Swinging Tyre


Model High Postman Walk
Model Jacob Ladder


Model Burma Bridge





Abseiling

Entry kali ni tentang Abseiling.. Abseiling kali ni buat kat FSR je, dari turun tingkat 4je.. Walaupun dah pernah buat, tp tetap berasa cuak gak beb... bukan gayat tinggi ke apa cuma kali ni dibuat oleh kwn2 kami sendiri yang merupakan pengalaman pertama.. Walau camanapun aku tetap yakin dengan dorang semua.. Kerana keyakinan tu jugak la kami semua berjaya melakukan aktiviti abseiling dengan jayanya... Syukur alhamdulilah... Macam2 gaya jugak la yang sempat dipraktikkan...(baru nampak stylo beb)..hehehe...






Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing. Satu perumpamaan Melayu yang membawa maksud bergotong-royong/bekerjasama... Sesuai dengan isi untuk entry ni yang mana kami semua peserta final camp ePJJ bekerjasama bagi menyempurnakan final task sebelum kami semua dapat pulang kerumah masing2(bg yg belum balik rumah sendiri lg).


buat keje main-main
Final task tu adalah membersih dan menyerahkan kembali harta2 yang telah dipinjam dari pihak UiTM kepada kami untuk final camp... Jadi kami pun beramai2 duk membersihkan barang2 yang pinjam 2.. Syiok dapat main air... Dah lama tak main air, teringat zaman kanak-kanak riang suatu ketika dulu..


Bersama tengok gelagat kami.....


Posing selepas penat bekerja










Go Back Home.....

Penat berenang, sampailah jugak kami ke jeti campsite... Sampai2 kami semua berkumpul untuk briefing yang di sampaikan oleh fasi2 kami.. Habis brief, kami semua bersurai dan bersiap sedia untuk pulang...Yeyyyy...BALIK.. Apa lagi dengan penuh semangat semua dengan pantas membersihkan diri, membuka khemah, membersihkan kawasan khemah dan sebagainya apa yang patut dibersihkan.. Macam mana kawasan tu bersih ketika kami datang, macam tu jugak lah kami kena bersihkan kawasan sebelum meninggalkannya... Selesai berkemas, kami semua bersiap sedia untuk pulang, boat pun sedang menunggu.. Setelah bersalaman dengan fasi2, kami pun bertolak meninggalkan Jeti Tanjung Harapan untuk selamanya... Adakah akan datang semula ke sini?? InsyaAllah andai ada rezeki akan jejak kaki ke sini..


Dah sampai di jeti, kami pun berjalan menuju ke jalan besar dimana bas dah siap menunggu kami... Siap punggah barang masuk kedalam perut bas, semua berseru naik bas... Peghhh, lega masuk bas ade air-cond...huhuhu.. Siap sedia semua, maka bas pun mula memutarkan rodanya, maka bermula perjalanan kami menuju jalan pulan ke UiTM Shah Alam.. Mungkin dek kerana keletihan yang teramat sangat, ramai kawan2ku yang dah terlena... Aku pun dah tak tahu nak buat apa, entah bila masa aku terlelap pun, aku tak tahu...hahaha... Sedar2 je dah sampai di RnR, berhenti makan...Lepas makan, naik bas sambung balik tidor, sedar2 je dah sampai UiTM..hahahha.. Kaw2 punyer penangan final camp... Letih gila beb...


Dah sampai UiTM, jadi malam tu pun lepak lah kat rumah classmate aku, Azmir kat Kolej Perindu...salah seorang staf UiTM. Nak balik pun alang2 rumah jauh, lagi pula besok masih ada tugasan yang perlu disiapkan. Malam tu, rumah dia jadi hotel tumpangan kami semua la...Selamat la dia duk bujang... Apa lagi, sambung tidor la, takda cerita banyak..ZzzzZZZZzzzz

Activity 9: Cross River (swimming)

sempat buat peace lagi
berenang..
Dah penat trekking naik turun bukit, akhirnya kami sampai lah ke jeti untuk pulang ke campsite... Sedang duk tunggu boat, tiba2 seorang fasi menerima panggilan telefon.. Seeloknya dia habis cakap telefon, terus arahan ni keluar dari mulut dia "OK, En Hisham baru call tadi, dia nak kamu semua berenang sampai ke jeti campsite..Wajib".. Peghhh terkejut beruk semua, tapi apakan daya, redho je la.. Nak ke taknak terjun gak la dalam tasek tu.. Apa lagi berkuak2 la kami semua umpama anak itik masuk air...hahahaha... Tengok la gelagat kami semua...Macam2 style yang keluar...Penat memang memenatkan, walaupun boleh berenang..tapi kena tunda kawan lain.. Semangat teammate diperlukan.. Jangan tinggalkan kawan kita dibelakang...ZZuuussssSSSsss

Activity 8: Jungle Trekking

Rehat seketika
Lepas tamat sesi luahan, kami semua balik ke campsite...Pagi ni merupakan pagi terakhir untuk perkhemahan kami.  Balik2 mandi, masak sarapan pagi dan siapkan lunch pack untuk aktiviti Trekking jap lagi pukul 1000.. Selepas siap makan pagi, kami pun bersiap untuk trekking untuk menawan Puncak Limau Bali... 

Setelah bersiap, kami pun memulakan ekspidisi trekking menuju puncakk...hahaha...dengan diiringi oleh senior2 (ass. En Hisham) sebagai guide...Sebelum jalan, kami disusun mengikut formation...hahaha korang jangan ingat kayak ada formation, trekking pun ada taw.. aku macam biasa akan menjadi angker (lastman).. itu memang posisi aku dalam trekking..suka duk belakang sekali...

Bukit Mandi Angin
Berjalan punya berjalan, mendaki dan terus mendaki, perhentian pertama adalah di Bukit Mandi Angin.. Kawasan ni diberi nama kerana angin yang kuat disini.. Setelah berehat seketika perjalanan diteruskan.. 1jam 45minit akhirnya sampai ke destinasi puncak yang dituju, Puncak Limau Bali.. Sebab apa dinamakan sebegitu, kerana kat situ terdapat banyak pokok limau bali..ranum2 buah2nya... Terasa nak petik tapi hakmilik orang, tak baik.. Kami berhenti rehat makan tengahari tang dibekalkan tadi... Ni ada berapa keping gambar kenangan.... Kalau nak gi keatas puncak lagi boleh, tetapi ada banyak 'tanaman haram' yang membantutkan niat kami... Tapi tak apa, ni pun dah kira puas dapat melihat permandangan indah Tasek Chenderoh...SubhanaAllah, indah sekali...  Setelah selesai makan dan sesi posing2, kami semua pun turun semula ke bawah untuk pulang ke campsite... 
Kenangan di Puncak Limau Bali

Berlatarbelakang permandangan Tasek Chenderoh

Saturday 10 September 2011

Activity 7: Sesi Luahan

Last entry SURVIVAL.. Lepas je keluar dari 'hutan survival' tak tahu la pukul berapa para penyelamat datang ambil kitaorang dari tapak survival.. Kami pun berjalan menuju ke tapak berkumpul..Kelihatan Kump Stong duduk di satu ceruk hutan bersama seorang yang tak dikenali.. Apa yang dorang tengah buat tu? 


Sekembalinya Kump Gunung Stong, kump aku plak di panggil untuk ke tempat ceruk tu.. Kami pun duduk lalu memperkenalkan diri sorang demi sorang... Rupanya aktiviti tersebut adalah aktiviti sesi luahan. Lalu orang yang tak dikenali pun memperkenalkan diri sebagai salah seorang faci yang bertugas.. Beliau pun terus menyuruh kami menceritakan perkara yang paling sedih dalam kehidupan masing2... Masing2 pun membukaikitab sejarah hidup masing2 yang sedih lagi menyentuh perasaan...Tacing beb!!!huhuhu.. selepas sorang demi sorang termasuk aku bercerita sedih dan cerita sedih dari akak tu sebagai penutup... 

Selepas habis semua bercerita, akak tu pun memberitahu bahawa aktiviti ni bertujuan untuk merasai dan menghayati erti sebenar survival dan kesusahan hidup tanpa keperluan asas.. Menghayati erti kesusahan orang lain yang kurang bernasib baik... Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan apa yang ada...

Friday 9 September 2011

Activity 6: Survival

Dah penat berkayak, balik ke campsite untuk lunch.. Selepas bersihkan diri,makan dan solat.. Jam 1500 dipanggil berkumpul untuk aktiviti seterusnya.. SURVIVAL... Aktiviti yang dijangkakan menguji ketahanan mental dan fizikal peserta...hahahaha...Mental calar beb!!!belum lagi..pantang maut sebelum ajal... apa gunanya pengalaman didada kalau tak diguna.. betul tak... Pengalaman sebelum ni sedikit sebanyak mengajar aku iktihar hidup di dalam hutan.. namun sebagai seorang manusia, tak boleh mendabik dada terhadap alam semulajadi ciptaanNya...
Kump Gunung Tahan..Tahan mental


OK, siap berkumpul kami diberi briefing oleh Mr Kayak..Ops bukan Mr Kayak tapi Mr SoloCamp En Syahriman..hehehe.. Kami tak dibenarkan untuk bawa apa2 barang untuk aktiviti ni..hahaha...Mencabar... Setelah selesai kami bertolak ke Pulau Buangan dengan menaiki boat.. Sampai di pulau tersebut kami berkumpul mengikut kumpulan menantikan arahan seterusnya... Siap berkumpul, En Syahriman memulakan peranan beliau sebagai Master Deal..hahaha..Ada acara tawar menawar plak dalam hutan... 


Setiap pasukan diberi 1000$ (duit olok2) untuk membeli peralatan bagi survival.. Disebabkan kami tak bawa  apa2 barang pun terpaksa jugak la membeli... Aduuhh...rugi duit tu..hahaha... hasil perbincangan kumpulan, kami sepakat untuk membeli barangan keperluan wajib sahaja untuk survival malam ni(mancis,downsheet,parang,masstin,kentang,beras,garam)... Selesai membeli, terus kami dihantar ke lokasi yang menjadi pilihan hati..hahaha...Tanpa membuang masa sebaik sampai, terus kawasan dibersihkan, shelter didirikan, kayu api dicari...Hari semakin gelap tapi api belum dihidupkan...Api takde????tp mancis ade??? Memang mancis ada, tp pengesatnya takde camana nak nyalakan api da...hahahaha...padan la muka... Tak lama sebelum hari semakin gelap, datanglah penyelamat yang memberikan pengesat mancis...Alhamdulilah, lega rasa..TQVM.. Api pun selamat di nyalakan... 



Faizal Tahir versi jungle
Api dah nyala, apa lagi masaklah..tapi nak masak camana air takde...perut dah lapar.. makan je lah biskut kering yang dibeli tadi... tunggu punya tunggu, sampai jugak penyelamat datang bawak air.. punya lama nak tunggu... dapat tahu air sampai pada jam 2000..Peghhhh...punya lama tunggu baru kul 8.00mlm..pressure beb namun tenang... dah dapat air teruslah masak bubur...Macam2 terjadi sepanjang tempoh survival, ada hiburan faizal tahir, di ganggu babi, cari kayu api dalam gelap tanpa torchlight...pergghhh..memang survive giler ar... 













Activity 5: Orienteering Class

tengah duk tuju Point..
Nak cerita plak pasal Orienteering... Kelas Orienteering pada petang ni dipimpin oleh Abg Boy kita yang smart lagi hensem.. Orienteering ialah menentukan sesuatu arah/lokasi dengan menggunakan kompass dan peta lakaran.. Dalam kelas tu, kami diajar cara menggunakan kompass dan bacaan kompass yang betul... Dalam orienteering ada beberapa barang yang penting dan perlu ada seperti pen, peta, kompass, scorecard, puncher and marker.


Ada ilmu baru yang perolehi dari kelas ni, 1) Arah kiblat di Malaysia 292 darjah     2) Anggaran ukuran biasa jarak  2 langkah standart =1meter...

Activity 4: Kayak & Capsize Drill

Di pagi hari kedua... Aktiviti pagi tu dimulakan dengan aktiviti berkayak di Tasek Chenderoh... wah, mesti best kan...dah lama tak berkayak.. Setelah berkumpul, kami diberi briefing oleh En Hisham cara2 untuk mengendalikan kayak dengan betul.. Kemudian kami diberi penerangan tentang bahagian2 kayak sekali lagi oleh beliau bagi tujuan refresh apa yang telah diberitahu oleh Mr Kayak,En Syariman petang semalam. Setelah selesai kami diarahkan untuk memasang seat di cockpit kayak masing2..


Rafting position
Dah siap pasang seat, kami pun masing2 pakai PFD dan angkat kayak ketebing tasek.. Sebelum berlepas, ingat pesan En Hisham, berdoa dahulu... Selesai doa dibaca, berlabuhlah kayak yang pertama diikuti kayak seterusnya ke Tasek Chenderoh.. Expidition is Begins...Setelah semua kayak dah berada di atas air tasek, kami diarah untuk membuat rafting.. Rafting ialah teknik berkumpul semua kayak menjadi seperti satu pelantar yang besar.  


Capsize Drill
Selesai rafting, kami dilepaskan oleh En Hisham berlayak menuju ke Chekpoint yang ditetapkan.. Aku berduet dengan Fakhrul, so no problem yg timbul... Kayuh punya kayuh akhirnya sampai ke checkpoint yang dituju.. Sekali lagi En Hisham arahkan untuk buat rafting kecuali kayak Mizi dan Syidah... Dalam hati terdetik sesuatu, adakah??? Siap rafting, En Hisham menyuruh agar Mizi dan Syidah terbalikkan kayak mereka... OMG... tekaan ku betul...Capsize Drill...Capsize Drill bertujuan untuk membetulkan semula kayak yang telah terbalik dan kembali duduk diatas/dalam kayak tersebut..Capsize memerlukan persefahaman yang baik antara pekayak. Teringat pengalamanku semasa di PLKN dulu buat capsize... Tahniah kepada kawan2 semua walaupun mengalami kesukaran untuk buat capsize tapi semua berjaya melakukannya. 




Kayak formatting
Selesai capsize drill, kami diarah untuk buat rafting untuk change position.. Ubah kedudukan seseorang dari kayak ke kayak yang lain.. Aktiviti memerlukan kerjasama pasukan yang tinggi..Siap kami change position seperti yang diarahkan oleh Boy. Kami dilepaskan berkayak semula tetapi kali dengan cara formatting... Tak tahu plak dalam kayak pun ada formatting..Ingatkan bola je ada..hehehe..Kayak formatting juga hampir sama dengan formatting bola... Ada leader, ada sweeper, ada center, ada winger..formation seperti diamond shape.. 


Setelah penat berkayuh, akhirnya sampai kami ke Jeti Tanjung Harapan..