Sunday 11 September 2011

Activity 8: Jungle Trekking

Rehat seketika
Lepas tamat sesi luahan, kami semua balik ke campsite...Pagi ni merupakan pagi terakhir untuk perkhemahan kami.  Balik2 mandi, masak sarapan pagi dan siapkan lunch pack untuk aktiviti Trekking jap lagi pukul 1000.. Selepas siap makan pagi, kami pun bersiap untuk trekking untuk menawan Puncak Limau Bali... 

Setelah bersiap, kami pun memulakan ekspidisi trekking menuju puncakk...hahaha...dengan diiringi oleh senior2 (ass. En Hisham) sebagai guide...Sebelum jalan, kami disusun mengikut formation...hahaha korang jangan ingat kayak ada formation, trekking pun ada taw.. aku macam biasa akan menjadi angker (lastman).. itu memang posisi aku dalam trekking..suka duk belakang sekali...

Bukit Mandi Angin
Berjalan punya berjalan, mendaki dan terus mendaki, perhentian pertama adalah di Bukit Mandi Angin.. Kawasan ni diberi nama kerana angin yang kuat disini.. Setelah berehat seketika perjalanan diteruskan.. 1jam 45minit akhirnya sampai ke destinasi puncak yang dituju, Puncak Limau Bali.. Sebab apa dinamakan sebegitu, kerana kat situ terdapat banyak pokok limau bali..ranum2 buah2nya... Terasa nak petik tapi hakmilik orang, tak baik.. Kami berhenti rehat makan tengahari tang dibekalkan tadi... Ni ada berapa keping gambar kenangan.... Kalau nak gi keatas puncak lagi boleh, tetapi ada banyak 'tanaman haram' yang membantutkan niat kami... Tapi tak apa, ni pun dah kira puas dapat melihat permandangan indah Tasek Chenderoh...SubhanaAllah, indah sekali...  Setelah selesai makan dan sesi posing2, kami semua pun turun semula ke bawah untuk pulang ke campsite... 
Kenangan di Puncak Limau Bali

Berlatarbelakang permandangan Tasek Chenderoh

No comments:

Post a Comment