Friday 9 September 2011

Activity 1: Water Confident & Anatomy of Kayak

Fuhhh.... Lega rasanya bila tengok khemah2 berjaya kami semua dirikan.. Puas tengok hasil kerja yang agak baik bagi level beginner cam kami semua ni...hahaha...


Setelah siap khemah, barang sudah dikemas ke dalam khemah yg ditetapkan. Aktiviti seterusnya adalah acara air, Water Confident... Best giler..dapat main air...hahaha..macam budak2 la plak...
Setelah berkumpul dan diberi sedikit taklimat, seterusnya kami dipecahkan kepada 3kumpulan...Setiap kumpulan 4orang ahli..Ye la, kami pun bukan ramai mana pun...Kumpulan masing2 menggunakan nama gunung2 di Malaysia, kuumpulan aku Gunung Tahan yg terdiri aku,mizi,syidah n fahrul... Kemudian, kami masing2 pun terus memakai PFD.. Dah siap kemas pakai, buckle semua sudah diklip baru lah semua diarahkan untuk masuk tasek tp sebelum tu bacaab doa jangan yer kwn2.. Masih bergerak dalam kelompok kumpulan... Dah masuk dalam air, mula2 berjalan cecah tanah ok lagi...dah jauh ke tengah sikit, tanah tak lagi dijejak...mula la ramai yang menggelabah.. Bergerak dalam kumpulan memudahkan bagi ahli yg kurang yakin didalam air...Bagi yang dah pernah buat, its ok lah kan, bagi yang belum,hehehe..sendiri rasalah... Dalam water confident, kami diajar untuk buat dengan tenang teknik apungan,imbangan diri dan sebagainya agar tidak cemas di lain masa.


Khusyuk mendengar briefing dr En Syahriman
Setelah selesai water confident, kami semua naik ke darat.. Sampai ditebing tasek, kami telah diberi kesempatan mengenai kayak...Penerangan serba ringkas  tapi padat telah disampaikan oleh En Syahriman..




No comments:

Post a Comment