Thursday 8 September 2011

DILLEMA>>>



Dari awal perjalanan lagi kepala ni memikirkan sesuatu demi kerjaya masa depan..Hal ni berlarutan dari hari Jumaat lepas lagi...ermm...Nak atau tak??? Ingat lg entry get ready yang lepas... ade tertulis perkara yg merunsing kepala otak...

Sebenarnya, petang jumaat sebelum aku bertolak ke Lenggong aku telah terima panggilan telefon dari FAMA.. Isi panggilan tersebut mengatakan aku hendaklah melapor diri bekerja pada 18/7/2011(isnin)...sama tarikh dengan tarikh aku bertolak ke Lenggong... Semasa panggilan tersebut, aku tak sempat nah bagitahu masalah aku pada operator FAMA terus talian terputus... cuba untuk hubungi semula, tetapi gagal...Aduhh, serabut.... tapi setelah difikir2 dan atas nasihat ibuku yang berada di wad HUKM ketika itu, malam sebelum bertolaknya aku ke Lenggong, malam tu sampai ke pagi aku mengembeling otak aku untuk buat surat penangguhan lapor diri bekerja... Tu pasal samapi ke pagi tak tidur, yela...nak kemas barang dan nak susun ayat baekk punyerr..hehehe..

Besok paginya, sebelum bertolak aku singgah ke HQ FAMA di Selayang untuk serah surat tu.. Sampai dlm kul 6.30pg, siapa yang ada pun..yang ada cuma 'jaga' je.. Aku pun pass la surat tu pada dia supaya dia dapat serahkan pada unit perjawatan. Dalam hati aku berdoa, "Andai rezekiku bekerja disini, Engkau permudahkanlah urusanku Ya Allah".. Lepas je serah, apa lagi shot terus la ke Shah Alam.. Bas nak jalan kul 7.00pagi...

Tiba-tiba pada jam 8.30pagi aku terima panggilan dari FAMA berkenan dengan surat tadi tu.. Berderau jantung aku.. tapi selamat suara perempuan tu lembut je..hehehe... dengan lembut katanya, "Surat ersebut telah diajukan kepada Pegawai Unit Jawatan dan pernangguhan tersebut diterima.. Bila En Khairul boleh lapor diri??".... Syukur Alhamdulilah, lega aku mendengarnya... Selesai satu masalah aku...Alhamdulilah

No comments:

Post a Comment