Dah sampai di jeti, kami pun berjalan menuju ke jalan besar dimana bas dah siap menunggu kami... Siap punggah barang masuk kedalam perut bas, semua berseru naik bas... Peghhh, lega masuk bas ade air-cond...huhuhu.. Siap sedia semua, maka bas pun mula memutarkan rodanya, maka bermula perjalanan kami menuju jalan pulan ke UiTM Shah Alam.. Mungkin dek kerana keletihan yang teramat sangat, ramai kawan2ku yang dah terlena... Aku pun dah tak tahu nak buat apa, entah bila masa aku terlelap pun, aku tak tahu...hahaha... Sedar2 je dah sampai di RnR, berhenti makan...Lepas makan, naik bas sambung balik tidor, sedar2 je dah sampai UiTM..hahahha.. Kaw2 punyer penangan final camp... Letih gila beb...
Dah sampai UiTM, jadi malam tu pun lepak lah kat rumah classmate aku, Azmir kat Kolej Perindu...salah seorang staf UiTM. Nak balik pun alang2 rumah jauh, lagi pula besok masih ada tugasan yang perlu disiapkan. Malam tu, rumah dia jadi hotel tumpangan kami semua la...Selamat la dia duk bujang... Apa lagi, sambung tidor la, takda cerita banyak..ZzzzZZZZzzzz

No comments:
Post a Comment